Thursday, 23 May 2013

Keperluan Asas Dalam Perniagaan

Kepentingan Mempunyai Profail Syarikat

Profail Syarikat tidak perlu panjang lebar dan terperinci. Ianya hanya menyentuh hal-hal yang sangat penting tentang syarikat anda. Ianya boleh di adaptasikan dalam bentuk percetakan atau digital. Sekiranya profail syarikat didalam bentuk digital ia amat bersesuaian semasa pembentangan cadangan perniagaan sebagai pengenalan syarikat kepada para panel yang hadir.

Apabila anda menyebut tentang kapasiti syarikat anda, ini menunjukkan anda adalah berbeza dari yang lain. Perlu diingat bahawa anda bukan satu-satunya yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang ada, manakala pesaing anda juga berada di mana-mana.
Kesimpulanya, profail syarikat anda harus berkesan dengan lebih baik dan lebih profesional. Profail syarikat secara amnya sebagai rujukan atau peringatan kepada prospek terhadap siapa anda dan apa yang anda lakukan.
Profail syarikat juga menunjukkan kredibiliti syarikat anda. Anda mampu berbual atau beramah mesra dengan prospek anda berjam-jam lamanya tetapi adakah mereka mempercayai anda sepenuhnya. Terutama sekali jika anda sebuah syarikat kecil dan tiada siapa pernah mendengar tentang syarikat anda. Oleh itu profail syarikat amat membantu didalam perniagaan anda.




Kepentingan Mengapa Perniagaan Memerlukan Laman Web


Mempunyai Laman Web bermakna memberikan kewujudan perniagaan anda di internet. Internet adalah sebuah medium yang mana perniagaan boleh diakses oleh beribu-ribu pengunjung tanpa sempadan masa.
Jadi mengapa anda tidak mengambil peluang ini untuk kejayaan perniagaan anda?

Pelanggan anda hanya perlu mempunyai talian dan komputer atau device untuk mengakses anda, jadi anda mesti mempunyai laman web yang berkualiti tinggi bagi merancakkan lagi perniagaan anda didalam pringkat jangkauan global.
Ini adalah beberapa perkara yang anda perlu anda ketahui untuk memahami kepentingan laman web dan jika anda masih tidak mempunyai sebuah laman web, carilah sebuah syarikat yang boleh mereka bentuk laman web anda sekarang.
         


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wah ... dah buat website gak ke skrg? abg dah 10 tahun dlm industri web development .. bolehlah bincang2 nanti ...

    www.amana2u.biz
    www.asmansulaiman.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy writer specifically...graphic tu upon request jer..insyaallah boleh

      Delete